Pengkalan Udara Terbesar Di Malaysia

YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak merasmikan Pengkalan Udara Terbesar Di Malaysia. ( PU SENDAYAN)

      Ini adalah Pengkalan Udara baru yang menggantikan Pengkalan Udara Kuala Lumpur (KEM Sg. Besi). PU Sendayan adalah pengkalan udara TUDM yg terbesar di Malaysia. Mempunyai luas 3 kali ganda lebih besar dari Kem Sungai Besi. Menempatkan lebih seribu anggota TUDM dan juga keluarga mereka. Sebanyak 695 unit Kuarters Kediaman untuk anggota dan keluarga di PU Sendayan juga dibina dan jauh lebih selesa. Berbanding di Kem Sg.Besi hanya mampu memuatkan 250 kuarters saja. 

       Ia mempunyai banyak fasiliti ibarat sebuah bandar yg lengkap dengan masjid, pusat islam, padang golf, pusat equistrian, kolam renang, tempat beristirehat, pusat sukan, perniagaan, peruncitan dan sebagainya. 
       Pembinaan Pengkalan Udara Sendayan yang menjadi mercu tanda dan kekuatan Tentera Udara Malaysia telah menjadi pemangkin kepada pembangunan di kawasan sekitar Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan. 
       Selepas ini ada 5 lagi pengkalan baru ATM akan dibina dan dibangunkan oleh anak syarikat LTAT (Lembaga Tabung Angkatan Tentera). Kos pembinaan PU Sendayan adalah lebih kurang RM800juta. Yang bestnya, kerajaan tidak mengeluarkan 1 sen pun untuk pembinaan ini. Ia diuruskan oleh syarikat 1MDB.










Popular posts from this blog

Buatku Disana- Mafa feat Ronnie (OST Seindah Sakura) Guitar Chord

Tasik Tobari @ Sea of Galilee