Posts

Showing posts from 2018

Ahli Politik Malaysia yang kita kagumi

Saya cukup kagum betul dengan ahli-ahli politik kat Malaysia ni. Jom lihat sebabnya... 1. Tun Mahathir - Walaupun sudah tua tetapi terus nekad dan gigih berkempen. Lebih dikagumi apabila jarang nampak anaknya bersama walaupun kita tahu Tun sudah lanjut usia. Tun sentiasa dilihat bersama isteri kerana semua orang tahu beliau sesekali tak mahu menyusahkan anak-anak beliau apatah lagi melihat anaknya susah. 2. Anwar Ibrahim - Setelah sah dalam mahkamah serta dihukum penjara sebagai peliwat nombor satu negara, Anwar Ibrahim tetap berjuang untuk menjadi Perdana Menteri sehingga hari ini. Sungguh pun Tun M menjadi batu penghalang cita-cita beliau masa lalu, Anwar tetap 'langgar' dan sekali lagi perkara itu bakal terjadi sekali lagi. Kita lihat bagaimana nanti.
3. Lim Kit Siang - Walaupun sehingga kini menjadi ahli Parlimen sahaja, keunggulan beliau dapat dilihat apabila berjaya mencucuk hidung musuh-musuh lama. Mungkin beliau lebih selesa menjadi 'pengatur' supaya 'sial'…

Pengkalan Udara Terbesar Di Malaysia

Image
YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak merasmikan Pengkalan Udara Terbesar Di Malaysia. ( PU SENDAYAN)

      Ini adalah Pengkalan Udara baru yang menggantikan Pengkalan Udara Kuala Lumpur (KEM Sg. Besi). PU Sendayan adalah pengkalan udara TUDM yg terbesar di Malaysia. Mempunyai luas 3 kali ganda lebih besar dari Kem Sungai Besi. Menempatkan lebih seribu anggota TUDM dan juga keluarga mereka. Sebanyak 695 unit Kuarters Kediaman untuk anggota dan keluarga di PU Sendayan juga dibina dan jauh lebih selesa. Berbanding di Kem Sg.Besi hanya mampu memuatkan 250 kuarters saja. 
       Ia mempunyai banyak fasiliti ibarat sebuah bandar yg lengkap dengan masjid, pusat islam, padang golf, pusat equistrian, kolam renang, tempat beristirehat, pusat sukan, perniagaan, peruncitan dan sebagainya. 
       Pembinaan Pengkalan Udara Sendayan yang menjadi mercu tanda dan kekuatan Tentera Udara Malaysia telah menjadi pemangkin kepada pembangunan di kawasan sekitar Sendayan, Seremban, Negeri Semb…