Posts

Showing posts from 2016

Tabung Kebajikan

DUNGUN - Sekretariat Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (Permata) akan menubuhkan Tabung Kebajikan Permata untuk membantu ahlinya yang kurang berkemampuan terutama bagi menampung perbelanjaan di universiti. Yang Dipertua Permata, Mohammad Syahiran Annuar berharap dengan tertubuhnya tabung berkenaan isu mahasiswa menghadapi masalah kewangan sehingga terpaksa 'mengikat perut' dapat ditangani segera. "Permata mempunyai hampir 60,000 ahli dalam dan luar negara. Menerusi tabung ini, kita akan berusaha mendapatkan dana daripada badan korporat dan pelajar yang datang daripada keluarga miskin dan kurang berkemampuan akan kita bantu. "Permata sememangnya di bawah tanggungjawab Yayasan Terengganu dan ia banyak membantu pelajar Terengganu...tetapi dengan adanya tabung ini Permata akan bergerak sendiri untuk mendapatkan dana demi kebajikan ahli," katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini. Syahiran berkata pihaknya tidak menafikan mahasiswa turut menerima kesan peningkata…

Konvensyen Mahasiswa PERMATA Terengganu

Image
Konvensyen Mahasiswa PERMATA(Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu) 2016 telah berlangsung pada 19 Februari 2016, bertempat di Dewan Bidara, Hotel Uitm Dungun, Terengganu. Pendaftaran peserta telah bermula seawal 10.00 pagi di Dewan Aspirasi Uitm. Sebagai pembukaan, penerangan tentang peranan dan komitmen Permata telah disampaikan oleh YBhg Dr Hashim Azmi bin Che Noh, Timbalan Pengarah(Pendidikan) Yayasan Terengganu.  Majlis Perasmian konvensyen ini telah disempurnakan oleh Y.A.B. DATO' SERI HAJI AHMAD RAZIF BIN ABD.RAHMAN Menteri Besar Terengganu. Serentak dengan itu juga, berlangsung Penyerahan Kertas Cadangan Tabung Kebajikan PERMATA PRIHATIN serta penyampaian Kelulusan KOPERASI PERMATA TERENGGANU BERHAD.  Antara program yang telah berlangsung adalah pembentangan bertajuk "Masa Depan Pendidikan Negara" oleh YB Senator Tan Sri Prof Dr Ibrahim Shah bin Abu Shah, Ahli Dewan Negara dan Pengerusi Yayasan Minda merangkap Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Malaysia. Sidang pleno perw…

Kurang Tepat

Rasa terkilan terhadap beberapa agensi kerajaan negeri yang membelanja peruntukan kerajaannegeri untuk pembangunan mahasiswa tetapi kelihatan 'kurang tepat' dalam memfokus kepada kumpulan yang sepatutnya. Beberapa agensi tersebut dilihat lebih mengutamakan pemimpin MPP di IPTA yang mempunyai kampus di Terengganu walaupun umum mengetahui bahawa kebanyakkan daripada mereka bukanlah mahasiswa anak Terengganu. Ini dapat dilihat daripada beberapa penganjuran aktivitiagensi-agensi dibawah negeri sepenuhnya itu yang mengambil penyertaan daripada pemimpin MPP melalui HEP IPT masing-masing terus walaupun telah maklum bahawa disetiap IPT terbabit wujud organisasi Permata yang sah.
Seharusnya pihak-pihak terbabit bawalah berbincang dengan kepimpinan Permata terlebih dahulu selaku organisasi mahasiswa rasmi dibawah Yayasan Terengganu yang diiktiraf kerajaannegeri sebagai mewakili kumpulan mahasiswa anak Terengganu. Ini membolehkan sebarang peruntukan dan penganjuran aktiviti disalurkan kepa…

MAHASISWA MANDIRI

Persidangan Parlimen Belia baru sahaja melabuhkan tirainya. Sebanyak 4 usul telah diluluskan oleh perwakilan Parlimen Belia. Pelbagai polemikjuga timbul pada persidangan kali ini yang menggambarkan kematangan perbahasan oleh Ahli-Ahli Parlimen Belia. Namun, saya ingin membicarakan mengenai usul terakhir atau usul yang keempat yang dibahaskan oleh persidangan kali ini. Usul mengenai kerajaan harus mempelbagaikan inisiatif bagi meningkatkan keupayaan sara diri mahasiswa. Usul ini telah diluluskan melalui undian dengan 47 perwakilan menyokong dan 39 perwakilan tidak bersetuju. Bagi makluman khalayak umum, ini merupakan kali pertama perwakilan mengambil ketetapan untuk melakukan undian belah bagi & ini juga mengambarkan situasi sebenar bahawa demokrasi sebenar wujud dalam struktur Parlimen Belia. Bukti kepada masyarakat luar bahawa Parlimen Belia bukanlah sidang 'rubber stamp'. Setiap perwakilan mempunyai hak keatas pandangan mereka sendiri. Berbalik kepada soal usul yang diusul…

FIKIRKAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN BELIA LEBIH PENTING DARIPADA HALALKAN GANJA..

Golongan belia merupakan pemangkin kepada perubahan sosial masyarakat masa kini. Masyarakat belia kini semakin terbuka mindanya bagi menerima pandangan daripada pelbagai aliran pemikiran adalah hasil daripada pendidikan yang mereka lalui.
Justeru tidaklah menghairankan jika pada hari ini, mereka banyak dikaitkan dengan isu-isu sosial utama negara yang memerlukan kerajaan untuk mencari jalan penyelesaian kepada pelbagai permasalahan yang dihadapi oleh mereka. Modal insan berperanan dalam menentukan prestasi sesebuah organisasi atau unit. Ianya juga membantu mencorakkan hala tuju negara. Misalnya jika dalam bangunan modal insan berperanan menguat dan mengukuhkan sesebuah bangunan tersebut. Jika bahan yang digunakan tidak berkualiti, tidak kukuh dan rapuh pasti bangunan tersebut juga akan roboh. Begitu juga bagi sesebuah organisasi dalam negara. tanpa modal insan yang berkualiti, sesebuah negara akan menjadi semakin lemah kerana faktor sumber manusia yang menjadi pencetus kepada inisiatif ba…

Ucapan YAB Khaled Nordin seperti ucapan Socrates semasa diminta minum racun. Sangat bagus:

Teks ucapan YAB Dato' Mohamed Khaled Nordin ketika berucap merasmikan Mesyuarat Bahagian UMNO Pagoh. Tuan-tuan dan Puan-puan
1. Saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Pemangku Ketua UMNO Bahagian Pagoh, atas jemputan pada hari ini. Saya berasa sangat bertanggungjawab untuk hadir. 2. Saya tahu betapa terkesannya UMNO Pagoh susulan beberapa episod yang mendukacitakan, yang melibatkan pemimpin penting bahagian ini. 3. Maka kerana itu, saya perlu hadir. Sebagai Ketua Badan Perhubungan UMNO Negeri, saya mesti tampil ke hadapan. Dan memikul tanggungjawab untuk menjelaskan pendirian UMNO Johor dalam isu yang melibatkan Ketua UMNO Pagoh. 4. Tetapi sebelum saya pergi lebih jauh. Biarlah saya nyatakan satu perkara. Betapa sejujurnya, saya berasa begitu janggal sekali, berkunjung ke Pagoh, tanpa kehadiran dan melihat kelibat Tan Sri Muhyiddin. 5. Pagoh ini sudah terlalu sinonim dengan beliau. Saya secara peribadi, menganggap Tan Sri sebagai sahabat, sebagai rakan seperjuangan dan bekas …