Posts

Showing posts from November, 2013

Bismillahirahmanirrahim

Tarikh 25 NOVEMBER 2013(ISNIN) bersamaan 21 Muharram 1435,Usia ku meningkat lagi satu angka. Maka berubahlah angka disebelah kanannya. Maka juga,terjawablah persoalan korang semua berapa umurku yang sebenar benarrrnya . usia semakin meningkat,semakin tua,semakin matang dan semestinya itu berturutan dengan pemikiran yang lebih matang,ku harus tingkatkan kualiti hidup ke arah yang lebih baik. Sepanjang kehidupan aku di kala usia 18tahun yang lepas,banyak pahit manisnya. Yang manis akan disimpan dan yang pahit akan dijadikan pengajaran yang mendalam buat ku.
Pada usia yang menuju kedewasaan ini pelbagai ceritera hidup,sejarah(kenangan) ,PENGALAMAN telah pun terlakar .samaada manis ataupun pahit sama-samalah kita menelannya.Jika ia pahit namun penawar baki racun usah dibiarkan ia terbuang begitu sahaja.. seperti sahabat ku pernah berkata kepadaku setiap perkara yang kita lalui pasti ianya adalah kelebihan untuk diri kita ,jangan sesekali katakan bahawa ia adalah malapetaka atau titik hitam…