Thursday, 24 October 2013

Nasyid Fatamorgana

...........................................................
Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia 
Cabaran dan dugaan mendewasakan usia 
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri 
Sudah sunnah ketetapan ilahi 

Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka 
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya 
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi 
Tiada sudahnya dunia yang dicari 

Begitu indah dunia siapa pun tergoda 
Harta pangkat dan wanita melemahkan jiwa 
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai 
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi 

Pulanglah kepada tuhan 
Cahaya kehidupan 
Keimanan ketaqwaan kepadanya 
Senjata utama 

Sabar menempuh jalan tetapkan iman di hati 
Yakinkan janji tuhan syurga yang sedia menanti 
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba 
Hidup akhirat kita kekal selamanya

Cinta Allah Adalah Cinta Yang Kekal Abadi Selamanya

Thursday, 10 October 2013

MELAYU



"MELAYU....
Dewasa ini, kita sering berbalah,
berbalah meninggalkan perjuangan utama,
tahukah engkau bahawa nama melayu adalah nama yang agung,
nama yang disemat dengan darah raja.

hatiku tersinggung bagai dihiris sembilu,
nama melayu kini diumpama sesuatu yang layu..
ME-Layu, bermaksud bahawa bangsa ini akan jatuh,
jatuh kecundang hingga muka menghadap bumi,
dipijak dan di caci oleh bangsa-bangsa lain.

tidak kah kau sedar wahai kaumku,
bangsa-bangsa lain sedang menjatuhkan kita,
menundukkan kita dengan perpecahan ini,
mereka semua bersatu dibawah satu rumpun,
kita pula saling berbalah, memburukkan satu sama lain,

ingatlah kaumku,
jika kita ingin menjadi bangsa yang berjaya,
kita harus mengubah persepsi kita,
ubah pemikiran ini supaya lebih matang,
lebih terbuka, lebih bersifat positif,

keluarlah kaum ku,
keluar dari kepompong yang sama,
keluar dari bawah tempurung ini,
tempurung dan kepompong yang menyekat kita dari maju,
iaitu, pemikiran kolot bangsa kita sendiri.

hidup MELAYU,
hidup BANGSAKU,
majulah BANGSAKU
gegarkanlah dunia ini dengan nama ini,
dengan nama MELAYU..."

#Puisi Nukilan Syahiran



Cinta Allah Adalah Cinta Yang Kekal Abadi Selamanya

Tuesday, 1 October 2013

Bismillahirahmanirrahim.....,


Wahai anak merdeka yang bertuah
Janganlah kamu buta sejarah
Perjuangan merdeka ayahmu tiada berdarah
Nampaknya mudah hakikatnya susah

Wahai anak merdeka
Kamu sekarang begitu juah
Silap sikit mula menerjah
Mudah sungguh berpaling tadah
Mendabik dada mencampak maruah

Wahai anak merdeka yang bertuah
Tiada kira apa bangsamu
Tika sedar sudah bersatu
Kini mulai melontar batu
Kerna minda sudah membeku

Wahai anak merdeka
Di mana akhlakmu tika bersuara
Bertindak tanpa akal dan minda
Sedang sijilmu panjang berjela

Wahai anak-anak merdeka kini
Tanpa sedar mindamu ditakhluki
Penyerang minda tiada henti
Dengan tujuan satu yang pasti
Meletak maruah bangsamu di telapak kaki

Wahai anak merdeka
Jangan kamu merasa selesa
Dengan kemewahan di depan mata
Bangunlah, berjuanglah, sehingga kamu mula percaya
Betapa pentingnya menegak kembali maruah bangsa

Sedarlah kamu anak merdeka
Wasiat ayahmu harus dijaga
Sebelum kembali porak peranda
Sebelum bangsamu berkubur tak bertanda
Sebelum perjuangan alif, ba, ta mu menjadi sia-sia

Sajak nukilan Raihan Sulaiman Palestine For Ketua Wanita.

#HS


















Cinta Allah Adalah Cinta Yang Kekal Abadi Selamanya