Wednesday, 22 May 2013

UiTM DiHATIKU -










Salam dan Selamat Sejahtera

Entriku kali ni khas buat semua warga UiTM dihatimu. sebab dah lama sgt aku menyepi sejak masuk UiTM DUNGUN 2012..dh la masuk lambat 2bulan gara2 nak masuk kadet pilot punya pasal . tup tup interview gagal ..teruskannn lgik, yelah, mana nak cari lagi universiti dlm Malaysia ni yg duduk betol2 kt tepi pantai kan..,Bila disebut nama UiTM ramai yang akan pandang-pandang jeling-jeling dengan kita. MENGAPA? Kerna UiTM Universiti Teknologi MARA Universiti khas untuk BUMIPUTERA sahaja.

Aku berbangga menjadi salah seorang mahasiswa UiTM malah sudah 1/2tahun aku di UiTM sejak tahun 2012 aku menjejakkan kaki di kampus Dungun. Pelbagai memori yang terlintas dibenak fikiranku yang ingin ku kongsi bersama-sama rakan beliaku sekalian. Suka dukaku sebagai mahasiswa menempuh dugaan yang luas .pernah d gelar YB,DATO',bajet HOT, retis, dan pernah kene maki juge.

wa tkde idea..,emm Minggu Destini Siswa pasti ada dalam ingatan semua mahasiswa baru yang mendaftar di UiTM. Minggu Destini Siswa ataupun lebih dikenali sebagai MDS. Mungkin bagi kalian minggu ini hanya pengalaman seminggu sahaja yang wajib ditempuhi oleh setiap warga baru UiTM.,

Time awal sem lepas,Disini dapat kulihat pelbagai ragam pelajar baru dan keluarga ketika hadir buat kali pertama di Menara Gading. Betapa gembiranya wajah ibu bapa, sanak saudara, adik beradik sahabat handai pada hari pertama mereka di UiTM.

Adakah  semua tahu bertapa abang-abang dan kakak-kakak Pembantu Mahasiswa bersekang mata, menahan lapar, mengerahkan kudrat dalam menyediakan segala persiapan untuk menjayakan MDS ini? Memastikan semua perjalanan program bergerak dengan lancar tanpa sebarang masalah demi memastikan anda-anda semua pelajar baru dan ibu bapa mendapat layanan sama rata.Disini bukan aku ingin mengungkit atau mengata kerna aku juga pnah dimarah dimaki oleh ibu bapa penjaga anda yang tidak sabar dan terlalu ego menunjukkan mereka ada status dan perlu dilayan 'extra' berbanding yang lain.

Walaupun yang demikian , keinginan untuk berbakti kepada UiTM tidak pernah pudar di kalangan teman-temanku. Mereka tetap kental berdiri teguh di barisan hadapan dalam menjayakan segala program di UiTM. Semoga kalian rakan beliaku menyambung tradisi kepimpina dan akan terus menabur bakti dan menyambung kegemilangan UiTM dihatiku . Selamat Datang Adik Adik

Salam ikhlas dariku warga UiTM dulu kini dan selamanya 




Cinta Allah Adalah Cinta Yang Kekal Abadi Selamanya