Thursday, 23 May 2013

Manusia itu tiada yang sempurna

"Manusia itu tiada yang sempurna"
Kita boleh lihat dari luaran menilai sesuatu atas dasar fizikal.Bila kita lihat blog2 orang kita merasakan seperti dia sempurna.Tapi cubalah kita berada di tempatnya baru kita sedar betapa byk kekhilafan yang ada.Kita tak sempurna,cuma kita manusia yang belajar untuk menjadi sempurna.

Kadang susah bila kita menulis dan orang mengenali kita.Lebih mudah rasanya menjadi anonymous.Serba salah takut yang kita tulis dirasakan menuju pada seseorang.Sedangkan ape yang ditulis adalah sekadar pengongsian ilmu sedikit sebanyak supaya memanfaat pada orang lain yang membacanya.

Sewaktu perjalanan aku pulang ke kampung halaman bersama seorang teman,sahabatku bertanya "Kita ada problem lah awak"."Problem ape ye??"."Kawan kita,dia tengah sedih"."Kenapa??"."Pakwe dia bertunang dgn orang laen.Awak ape kita nk wat ye??".Aku diam sejenak.Tak tahu nak berkata apa.Serasa aku bukanlah orang yang sepatutnya untuk memberi nasihat."Apa yang kita mampu buat.Kena bersabar dan banyak berdoalah"."Tapi masalahnya besar"."Maksudnya??"."Kawan kita dah terlanjur".Tergamam sekejap.Tak tahu nk bagi reaksi yang bagaimana."Kalau kawin salu nk yang baek2 je".Aku masih lagi diam,tak tahu bagaimana mahu memberi respon.sambungnya lagi "Kenapa ye,laki yang tak baek tp dapat pmpan yg baek.Selalu mcm tu".

Kali ni aku menjawab"Macam mana awak begitu yakin yang lelaki tu mendapat perempuan yang baek??".
"Sebab dia tinggalkan kawan kita"."Percaya tak janji Allah,laki yang baek untuk perempuan yang baek dan lelaki yang tak baek untuk perempuan yang tak baek"."Percaya..tapi.....".

"Setiap perbuatan manusia walau sebesar zarah pun akan dinilai oleh Allah.Bagaimana dia akan mendapat orang yang baek jika dia sanggup menganiaya orang laen.Kebaekan manusia terletak dihati.Hanya Allah yang dapat menilai hati dan iman seseorang itu.Kita mungkin rasa sekarang yang laki itu beruntung walau tak baek tapi dapat orang yang baek tapi adakah kita tahu apa yang akan berlaku mungkin 10 tahun akan datang.Berkat ke perkahwinan yang dimulai dengan penganiyaan pada orang lain"."Betul jugak kan.Tak terfikir".

"Bagi kita yang penting sekarang bukan soal laki itu mempunyai orang lain tapi adakah membe awak tu dah betol2 bertaubat.Kalau belum buatlah taubat nasuha.Kalau didunia Allah tetapkan hukuman bagi orang yang berzina 100 kali sebatan apatah lagi di akhirat.Soal hukuman tu urusan Allah.Kalau kita yakin Allah selalu bersama dgn kita,rasa dianiaya itu takkan menjadi satu isu.Bukan ke Allah tu yang maha menghakimi".

"Hukuman dari ALlah itu boleh jadi dalam pelbagai bentuk.Tiada ketenangan hati.Rumah tangga tunggang langgang.Sukar mendapat rezeki.Anak2 yang tak mendengar kata.Tiada cahaya mata.Itu baru di dunia belum lagi di akhirat.Bukanlah bermaksud untuk kita mendoakan yang tidak baek.Tapi supaya kita sedar kita cuma hambanya dan urusan menghakimi adalah urusan Allah.Dan jika kita yakin itu,rasa dianiayai takkan pernah timbul".

"Orang yang bertaubat itu boleh jadi orang yang lebih baek dari orang yang tak melakukan dosa.Mengapa?.Kerana mungkin bila kita rasa tidak melakukan dosa kita berada di ruang comfort zone.Tiada penyerahan yang sepenuhnya meminta kemaafan dari Allah.Dan boleh jadi kita merasa kita tidak melakukan dosa tapi bila ditimbang2 dosa kita melebihi dosa orang y melakukan dosa.Jadi apa pun mintalah ampunan dari Allah.Allah itu maha pengampun "."Bagaimana ye kalau kita nak tahu laki tu dah bertaubat"."Hanya Allah yang tahu.Allah yang tahu akan hati manusia itu.Tapi sudah tentu2 orang yang bertaubat tidak akan meninggalkan orang lain sebegitu.Jika seseorang itu lebih membuat sesuatu demi kepentingan diri dan meninggalkan seorang perempuan tanpa membela maruah perempuan tersebut, adakah boleh dikira lelaki itu telah bertaubat?.Sedangkan rasulullah sendiri mengahwini janda2 untuk memelihara maruah seorang perempuan tanpa kepentingan diri sendiri,apatah lagi jika ianya dari perbuatan sendiri  "

Itulah sedikit sebanyak perbualan aku dengan seorang sahabat.Tidak dinafikan di akhir zaman ini terlalu ramai wanita yang menjadi mangsa sebegini.Ambillah iktibar.Mintalah perlindungan dari Allah.Dan satu lagi kisah yang ingin aku kongsikan iaitu pengalaman salah seorang profesor aku.Kisah seorang wanita yang telah bertaubat dan ganjaran yang Allah kurniakan pada beliau.

Melihat perwatakan beliau tidak akan seorang pun yang dapat mengagak pengalaman pahit yang pernah beliau alami.Seorang pensyarah bergelar profesor,mempunyai rumah dan kereta yang agak mewah.Suami yang sangat romantis bagiku.Anak2 yang comel.Wajah yang sentiasa tersenyum.Tapi siapa sangka suami yang sekarang adalah suami yang kedua.

Beliau menceritakan bagaimana beliau dahulu seorang yan liar dan tidak mendengar kata ibu bapa.Beliau berkenalan dengan seorang jejaka bangsa lain yang bukan beragama islam.Tapi kerana cinta beliau mengahwini lelaki itu walaupun tanpa persetujuan ibu bapa.Saat beliau di US semasa menyambung master disana dan setelah dikurniakan anak yan kedua,suaminya berpaling arah.Lagi2 apabila tinggal di negara asing,suaminya mula menunjukkan belang.Beliau diceraikan.Dengan hanya bantuan scholar untuk membesarkan anak2 sudah tentu ianya tidak mencukupi.Beliau menceritakan bagaimana masa itu susu anak habis dan beliau terpaksa menikat perut.Dan malam itu beliau menunaikan solat nisfu syaaban berdoa memohon pertolongan dari Allah.Keesokannya beliau berjalan tanpa arah tujuan untuk mencari makanan,tiba2 datang seorang yang tak dikenali memberi duit pada beliau.Ketika itu rasa kesyukuran yang tidak terhingga dipanjatkan pada Allah.

Setelah membeli susu,sekali lagi beliau berjalan.Tiba2 beliau terjumpa satu kertas yang menawarkan perkerjaan sebagai pengajar dan kebetulan ianya bertarikh pada hari itu.Beliau terus pergi untuk ditemuduga dan yang amat mengejutkan hanya beliau sahaja yang datang untuk ditemuduga.Akhirnya beliau mendapat perkerjaan tersebut.

Dan yang paling mengharukan aku,pabila beliau bercerita bagaimana beliau merasa susah untuk membesarkan anak2 tanpa kehadiran suami.Dan lai sekali dimalam nisfu syaaban beliau meminta agar dikurniakan seorang suami yang dapat menjaga beliau dan anak2.Dan sesungguhnya Allah itu maha pengasih pada hambanya.Selang beberapa bulan beliau dipinang oleh seorang jejaka yang berusia 26 tahun yang kini menjadi suaminya.Suami yang sangat romantis bagiku sedangkan pada masa itu beliau sudah mencecah 40 tahun.Bayangkan perbezaanya.Sesungguhnya ketika kita meminta yang terbaek,Allah akan memberi yang lebih baek.Dan itulah sebaek ganjaran pada orang2 yang bersabar.Semoga ianya menjadi iktibar kpd kita.

Wallahualam "


entri ni aku shre dri saudari pemilik blog yg bernama Nur .., bnyk moral :) thanz !
Cinta Allah Adalah Cinta Yang Kekal Abadi Selamanya