Wednesday, 4 July 2012

Nifsu Syaaban :)


Bulan Syaaban muncul lagi. Syaaban menandakan umat Islam semakin menghampiri Ramadhan. Marilah kita sama-sama merenung sejenak apakah pengertian Syaaban dan Malam nisfu Syaaban. 

Nisfu Syaaban bermaksud pertengahan Syaaban iaitu 15 Syaaban yang mana buku amalan kita untuk satu tahun diangkat ke langit pada 14 Syaaban(sebelum mahgrib 15 Syaaban) dan digantikan dengan buku amalan yang baru(waktu maghrib 15 Syaaban) untuk sepanjang tahun yang berikutnya

Nisfu Syaaban (bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke- 15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku yang baru dan akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib.

Selesai sembahyang Maghrib hendaklah membaca Yasin dengan niat panjangkan umurnya dalam mentaati Allah. Kemudian berdoalah. Kemudian dibacakan pula Yasin dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkatinya, kemudian lalu dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula Yasin dengan niat minta mati dalam iman, kemudian lalu dibacakan doanya.
Pada malam Nisfu Syaaban sangat baik memperbanyakkan beristighfar (memohon keampunan) dan taubat dari dosa-dosa besar dan kecil serta meminta diampunkan Allah ibubapa kita dan keluarga kita. Maksud doanya:

Ya Allah, Engkau Tuhankutiada ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan aku dan aku adalah hambaMU, sentiasa berada dalam genggamanMu dan ketetapanMU, tiada ada kesanggupanku. Aku mengaku padaMU nikmatMu atasku dan aku mengaku kepadaMu dengan dosa-dosaku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada apa yang akan mengampun dosa melainkan Engkau jua. Aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan apa yang telah aku lakukan.

Memohon keampunan dua ibubapa, maksudnya:

Ya tuhanku ampunilah aku dan kedua ibubapaku dan rahmatilah duanya sepertimana mereka mendikdi aku di waktu kecil. (Rabbigh firli waliwa lidaiya warham huma kama rabbayaani soghiro)

Memohon keampunan dan taubat diri: (70/100 kali pagi petang). Maksudnya:

Aku mohon keampunan Allah dan aku bertaubat kepadanya. (Astagfirullah hal a’zim wa atu bu ilaih)

Membaca Salawat Atas Nabi: (Allahhummasolli ‘ala Muhammad) 10 atau 100 kali pagi dan petang.

Membaca Zikrullah: (La ila ha illallah) 100 kali selepas sembahyang Subuh dan Asar.

Sembahyang-sembahyang sunat: Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, Sunat Dhuha, Sunat mengiringi Fardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat di tengah malam sebaik-baiknya memohon hajat sesuatu. (Info: Dakwah )
(c&p)DAKWAH

untuk pengetahuan anda
segala posting yang di terbitkan di dalam blog ini
adalah sumber/artikel/cerita dari mailbox saya yang telah
dikongsi oleh rakan rakan group rakan2 blog




Cinta Allah Adalah Cinta Yang Kekal Abadi Selamanya

Sunday, 1 July 2012

RaMaDhankan Tiba tidak lama lagi... :)


Kisah Ramadhan







Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : Jika bulan Ramadhan tiba, pintu-pintu syurga dibuka, sedangkan pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan pun dibelenggu ( Riwayat Bukhari dan Muslim)


Mungkin berkat syaitan yang dirantai, maka ramai manusia berwajah iman. Topeng syaitan ditanggalkan seketika. Apabila mereka berwajahkan iman sepanjang ramadhan, maka apa yang terjadi adalah IBADAH MENGEJUT.

Tiba-tiba ibadah digandakan
Tiba-tiba bangun qiamulail.
Tiba-tiba tahap kesabaran meningkat
Tiba-tiba segala yang lagha ditinggalkan
Dan macam-macam lagi

OKEY, tidak mengapa seandainya ibadah sepanjang ramadhan dilakukan dengan mengejut. Tidak mengapa jika malaikat Raqib sibuk sedikit dan Atid pula tidak disibukkan untuk merekodkan amalan buruk seseorang. Alhamdulillah, jika itu yang berlaku sepanjang ramadhan

Namun jangan ulangi kejutan berupa TIBA-TIBA itu seawal hari pertama GRADUATE daripada madrasah ramadhan.

Tiba-tiba makan banyak
Tiba-tiba mendedahkan aurat
Tiba-tiba terlupa di mana Al Quran
Tiba-tiba meninggalkan amalan solat sunat yang sepanjang ramadhan dikerjakan seolah-olah wajib.
Tiba-tiba memulakan kembali agenda lagha

APAKAH SEMUA INI?

ADAKAH INI SUATU PERBUATAN MEMBALAS DENDAM? Balas dendam kepada siapa pula ini?

Tidak mengapa jika tiba-tiba mengerjakan ibadah seolah-olah esok sudah tiada. Namun adalah suatu yang tidak patut jika tiba-tiba 'bertanduk' sebaik syawal bergema.

Koreksilah niat

Apa niat utama berpuasa sebulan?

Adakah sekadar ingin berpuasa dan fokus ibadah dalam tempoh sebulan sahaja? Apakah ibadah sepanjang ramadhan dapat menebus kealpaan sebelas bulan berbaki?

JOM istiqamah!. Pasak niat untuk taqarrub diri kepada Allah hingga akhir hayat dalam iman. Insya Allah. :)
 c&p:MTEN
                                                                       

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

Cinta Allah Adalah Cinta Yang Kekal Abadi Selamanya