Posts

Showing posts from April, 2012

Tasik Tobari @ Sea of Galilee

Image
Semalam sempena Wordless Wednesday, saya letak gambar sebuah Tasik..dan ada seorang blogger Al-Lavendari telah tinggalkan komen dengan meneka di manakah letaknya tasik tersebut... sebenarnya gambar itu adalah gambar sebuah tasik air tawar yang terletak di sempadan 3 negara , iaitu Jordan, Israel dan Syria. 
Nama tasik tersebut ialah Tasik Tobari atau Tasik Tiberias atau di dalam peta dunia di tanda dengan nama SEA OF GALILEE.Dikalangan orang Yahudi pula lebih dikenali sebagai Tasik Kinneret atau Lake of Gennesaret. Kenapa di dalam pet dunia ia dinamakan sebagai "Laut"? bukannya tasik? ...


Ia bukannya laut air masin tetapi sebuah tasik air tawar dengan keluasan 166km persegi dan kedalaman maksimum 43m.  Ukurlilitnya 53km, 21 km panjang dan 13km lebar.  Dengan kedudukannya pada 214m di bawah aras laut, menjadikan tasik ini tasik air tawar yang TERENDAH di atas muka bumi ini, dan tasik yang KEDUA TERENDAH di dunia selepas Laut Mati (Laut Mati terletak pada kedudukan 441m di bawah…

Tasik Tobari@Sea of Galilee - Part 2

Image
Dalam entri yang lepas di sini, saya menulis mengenai Tasik Tobari atau Sea of Galilee, iaitu sebuah tasik air tawar yang TERENDAH DI MUKA BUMI ini..... Kami hanya boleh melihat dari sebelah negara Jordan sahaja, kerana tasik itu sekarang di bawah kawalan Israel ... Kali ini mari kita menerokai sejarahnya pula dan apa kaitan tasik ini dengan tanda-tanda kiamat dan kemunculan Dajjal AlMasih... Lembah Sungai Jordan adalah sebuah kawasan yang sangat subur...lembah ini mengunjur dari utara disekitar kawasan Tasik Tobari dan mengunjur ke selatan hingga ke kawasan Laut Mati.  Semasa kami menyelusuri sepanjang Sungai Jordan ini hingga ke laut Mati, kelihatan banyak ladang-ladang sayur-sayuran dan buah-buahan di sepanjang jalan.  Dari sini lah penduduk Jordan mendapat bekalan buah-buhan dan sayur-sayuran mereka. 
Jika kita kaji dari segi sejarah Islam pula, sebenarnya di sekitar lembah ini hingga ke negara SURIA atau SYRIA, yang disebut 'Dataran Syams" . Dalam peta dunia sekarang tiada …

KARNIVAL IKTIRAF 31mac-1april

Image
Hari pertama pergi ke menara KBS(kementerian belia dan sukan) dkt presint 4 putrajaya sbb yB Datuk seri Ahmad Shabery Cheek  ni nok blanje minum petang ngn anak2 felda negeri Terengganu...beliau satu-satunya anak negri Terengganu yang berada dlm KABINET MALAYSIA sekarang...