Saturday, 11 February 2012

MUDAHNYA MENJADI MUSLIM



Mudahnya menjadi muslim, namun.....

Jika kita berfikir sejenak, mudahnya menjadi muslim... namun...
kita sendiri yang menyukarkannya.

#1. Anda perlukan cuma lima minit untuk solat subuh sedangkan anda boleh meluangkan masa sejam bersiap ke pejabat atau ke tempat belajar...

#2. Anda hanya perlu 2 saat untuk memberi salam kepada ibu bapa, guru² & rakan² sedangkan anda memerlukan 3 minit untuk memakai kasut...

#3. Anda hanya perlu 5 minit untuk memakai tudung atau jilbab sedangkan anda boleh meluangkan masa sehingga 20 minit untuk mendandan rambut...

#4. Anda hanya perlukan 15 minit untuk menunaikan solat Zohor sedangkan makan tengahari 1 jam 15 minit...

#5. Anda hanya perlukan 15 minit untuk solat Asar berjamaah tetapi anda luangkan masa bergayut di telefon selama 3 jam...

#6. Anda hanya perlu 15 minit untuk membaca Al-quran, tidak selama menonton tv, & cd dan melayari internet sambil bermain FB

#7. Solat maghrib 7 minit tetapi drama TV 1 jam...

#8. Hanya 2 saat untuk mengucapkan salam dan kasih kepada ibu bapa, atau rakan-rakan sedangkan kadangkala perbalahan dengan mereka boleh melarat hingga 20 minit...

#9. Anda hanya perlukan 5 minit untuk menatap sepotong hadith RasuluLlah SAW walhal anda sanggup menatap majalah atau surat khabar selama 60 minit...

#10. Anda hanya perlu 20 minit untuk solat Isyak sedangkan anda perlukan 40 minit untuk bersiap tidur atau sanggup menonton wayang lewat malam...

#11. Anda hanya perlukan 2 saat untuk kalimah syukur walhal anda sanggup berkaraoke berjam2..

>Renung2kanlah.....

Cinta Allah Adalah Cinta Yang Kekal Abadi Selamanya