HUKUM ALLAH MESTI DILAKSANAKAN

SALAM MAULIDUR RASUL ("ASSALAMUALAIKUM SAHABAT2 ANA SEKALIAN..??")


Jom pakat2 "like" dan share page ini di wall anda, moga Allah memberi balasan yg sangat baik atas keikhlasan sahabat semua, ameen....... klik sini dulu deh => http://www.facebook.com/pages/Hukum-Allah-Mesti-Dilaksanakan/334549059897096?sk=w...all KETERANGAN MENGENAI HALAMAN=>

1-Allah s.w.t yang menciptakan manusia, maka Dia Yang Maha Mengetahui hukuman terbaik untuk manusia, sebagaimana titah Sultan Brunei "Bagaimana tidak paling indah dan terbaik sedang ia datang dari Allah taala. Penciptanya Allah bukan manusia. Begitu rasional mengenai undang-undang Allah, tetapi kerana orang tidak mahu memahaminya, maka undang-undang itu dilihat sebagai buruk dan menakutkan. Apakah lagi yang akan ditunggu, bangunan mahkamah sudah ada, tersergam megah, orang-orang pandai pun sudah ramai, dan negara juga sudah merdeka, hendak ditunggu apa lagi? Hakim-hakim syar'i sudah ramai, diketuai oleh ketua hakim syar'i, mereka itu semua berkelulusan belaka."


2-Halaman ini diwujudkan dengan tujuan menyokong hukum terbaik di dunia yang telah terbukti berkesan mengurangkan kadar jenayah di negara-negara yang telah sekian lama melaksanakannya seperti di Arab Saudi. Namun di Malaysia, kadar jenayah terus meningkat dengan mendadak, anda lihat saja dalam akhbar-akhbar tempatan, setiap hari pasti ada saja jenayah yang pelbagai dilaporkan, itu yang sampai kepada media, belum lagi dikira maklumat yang tidak sampai kepada mereka, ataupun jenayah yang tidak dilaporkan kerana yang terbabit merupakan individu ternama, ataupun memang kerana kelicikan penjenayah itu sendiri.


3-Jika di Barat, pakar undang-undang di sana sentiasa sibuk mencari kaedah penyelesaian terbaik samaada dalam soal penghakiman atau penghukuman terhadap kes-kes jenayah yang sudah tidak terkira banyaknya terutama di Amerika Syarikat, namun di Malaysia, kita telah menikmati nikmat Islam yang ajarannya cukup lengkap dari segenap aspek termasuk dalam urusan jenayah, jadi mengapa kita tidak menyokong usaha untuk memanfaatkannya di tanah air tercinta ini.


4-Adakah kita mahu menunggu sehingga adik beradik atau saudara mara kita sendiri menjadi mangsa penjenayah, dan kita menyaksikan si penjenayah tersenyum lebar kerana hukuman yang diterima tidak seberapa, maka barulah kita mahu menyokong pelaksanaan hukuman ini di Malaysia ??? Ayuh sahabat serta saudaraku semua, sama-sama kita perjuangkan hukum ini yang jelas perintahnya dalam Al-Quran dan Sunnah, dan suka untuk saya ingatkan, jika ada yang belum bersedia menyokong usaha ini, janganlah dihina usaha ini, kerana ia membabitkan soal AKIDAH dan IMAN.


hari ni 05 Februari 2012 bersamaan dengan 12 Rabiuawal 1433H adalah hari Maulidur Rasul (Kelahiran Rasul). Betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.


noted : Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul. Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Popular posts from this blog

Buatku Disana- Mafa feat Ronnie (OST Seindah Sakura) Guitar Chord

Tasik Tobari @ Sea of Galilee

Tasik Tobari@Sea of Galilee - Part 2