Friday, 17 February 2012

Cinta ILAHI-Seorang Hamba ALLAH~


SALAM JUMAAT~Surah AL-Kahfi jgn luper bace hari nie.....jgn smpai nk terbenam mthari bru nk bacer.....BTW kt bawah ni ader post istimewa utk minggu nie..~Jom bace n then muhasabah lah diri kita,kita tk tahu bila kitakn mati.... ~Maafkn org yg penah buat salah dgn kita "INNALLAH HAMA ASSOBIRIN",mksudnya..(sesungguhnya kamu berada dengan orang2 yg sabar)...kn...?.tk rugi kalo kita maafkn dorg..tambah pahala lagikn...'

 SAYA CINTAKAN ALLAH DAN RASULULLAH 

 ::~CINTA ILAHI~::Dalam kesempitan waktu,Fikiranku masih sempat memikirkan-Mu,Betapa terbatasnya waktu,Singkatnya waktu untuk aku bertemu dengan-Mu,Sesaat berpisah,Hatiku sudah mulai merindui-Mu,Selangkah aku menjauhi dari rumah-Mu,Berat kurasakan untuk meneruskan langkah ini.

Segala kasih dan sayang yang Kau berikan,Tidak mampu untuk kubalaskan,Yang mampu kuberikan,Hanyalah titisan air mata,Saat aku bertemu dengan-Mu,Melampiaskan segala rindu yang terbuku,Agar rindu ini kan terlerai.

Kau sentiasa ada saat aku perlukan-Mu,Sentiasa mendengar akan luahan hatiku,Menjaga keselamatan dan Imanku,Membantuku saat aku didatangi ujian,Memberikan kasih dan sayang yang tidak pernahkan surut,Bahkan makin menggunung,Menerangi hatiku saat ia kegelapan,Menenangkanku saat aku dilanda kegusaran,Sesungguhnya Kau tiada tandingan.

Akan aku sentiasa mengingati-Mu,Dalam doaku, jagaku, lenaku dan sujudku,Kau akan sentiiasa di hatiku,Kasih dan sayang yang terunggul hanya buat-Mu,Semoga kasih sayang insan yang hadir dalam hidupku,Tidakkan merubahnya,Kerana daripada-Mu aku datang dan kepada-Mu jua aku kembali,Kau kuatkanlah Imanku,YA RABBUL IZZATI...


YA ALLAH, Izinkan kami menjadi insan sejati dengan agamaMU , harum wanginya dengan ilmu agama, cantiknya kerana iman dan taqwa..namun keindahan zahirnya disimpan rapi, biar menjadi rahsia yang kekal abadi, bukannya perhatian mata si hawa,yg menjadi punca fitnah hati daripada wanita berjiwa sepi..wajahnya bukan mngundang dosa,tapi menimbulkan duri yg memagari diri agar terpelihara dari noda duniawi yg bakal menghilangkn harum sejati..untuk KAU calonkan kami sbg 'PUTERA(bidadara)' SyurgaMU...InsyaALLAH..Amiin....



Hargai diri ANDA kerana Kewujudan ANDA Membuktikan Kekuasaan ALLAH TAALA

Cinta Allah Adalah Cinta Yang Kekal Abadi Selamanya

Thursday, 16 February 2012

Anda cuma Perlu Ikhlas Dalam Kehidupan...:)


" Matahari.satu ciptaan Ilahi.senantiasa memancarkan cahayanya menyinari bumi.dikala siang mahupun dimalam hari.hanya bulan yang menjadi pengganti.cahaya mentari kekal menyinari.namun tidak penatkah matahari dengan rutinnya sebegini?itulah ciptaan Ilahi.Yang Maha Suci.hanya Dia yang tahu apa yang tersirat di sanubari.Allah Maha Mengetahui.dari sebesarbesar perkara hinggalah sekecilkecil biji sawi. "

Ikhlas.itu perkara subjektif...kn3..??ikhlas hanya datang dari hati...kn3..??tpi dr hati yang bersih.tulus lagi suci.ikhlas.hanya Allah yang mengetahui.kita nie manusia sekadar mencari.ikhlas bukan mudah....lagilagi tika perasaan gundah dan goyah.terperangkap dalam keadaan bersalah.mahu melakukan ataupun tidak.dikala saat itulah Allah menilai.samada kita ikhlas ataupun tidak.biarlah seremeh manapun perkara yang kita usahakan.jika hati ikhlas pasti ganjaran kita peroleh.Allah Maha Pemurah.justeru saudarasaudaraku.cerminlah diri juga hati.adakah kita cube ikhlas dalam setiap amalan kita?empunya diri juga seringkali tewas.namun tak kan pernah ada titik noktah dalan memburu redha Ilahi.semaikan dalam hati.lakukanlah perkara kebaikan dengan hati yang terbuka.luas.tenang juga senang.teruskan berdoa agar Allah senantiasa melindungi diri dikala hati ini gundah dan goyah.nescaya ikhlas itu pasti Allah kurniakan.yakinah.Ya Rahman Tuhan Yang Maha Membolakbalikkan Hatihati.tetapkanlah hatihati kami diatas landasan agamamu.juga jalanjalan ketaatan kepadamu.Ameen :) Terimakasih Ya Allah,,

Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan Allah!
Cinta Allah Adalah Cinta Yang Kekal Abadi Selamanya

Pabila Menghadap Cermin


Amalan:

Apabila menghadap cermin bacalah:

Selawat 3 X

Bismillahirahmanirahim segala puji bagi Allah yang memperbaiki tingkah laku, maka perhaluskan budi pekertiku.

Sentuh muka dengan jari dimulakan dengan..

Mulut

Hidung

Mata

Dahi

Mulalah bersolek. Setelah selesai Baca Bismillahirahmanirahim Doa nabi Yusof (surah Al Baqarah ayat 165) 10X Sambil niat apa yang terjadi sambil merenung ke..

Mulut

Hidung

Mata

Dagu


Cinta Allah Adalah Cinta Yang Kekal Abadi Selamanya

Wednesday, 15 February 2012

Kenapa Hari Valentine Haram?


The Catholic Church no longer officially honors St. Valentine, but the holiday has both Roman and Catholic roots. (www.americancatholic.org/) 14hb Februari merupakan tarikh yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih.
Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing. Maka pada 14hb Februari pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian-pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah. Maka terjadilah perbuatan-perbuatan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya. SEJARAH SAMBUTAN HARI VALENTINE
Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine maka kita akan dapati bahawa terdapat 4 pendapat berkaitan dengannya.
Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka. (http://www.history.com/content/valentine/history-of-valentine-s-day)
Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.
Versi Pertama
Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. (http://jmm.aaa.net.au/articles/5460.htm)
Versi Kedua
Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada ‘Valentine’mu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine. (http://en.wikipedia.org/wiki/Valentine’s_Day)
Pendapat keempat. menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris. (http://catholic-saints.suite101.com/article.cfm/the_origin_of_valentines_day)
Di sini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.
Hukum Menyambut Hari Valentine
Sebagaimana yang telah termaktub di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah dan disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T.: “Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus.” (al-Hajj : 67)
Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” (Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959)
Hadis ini mengingatkan umat Islam agar hanya menyambut sesuatu sambutan yang selaras dengan Islam serta syariatnya. Sambutan yang tidak berdasarkan syariat, apatah lagi jika ia mendedahkan umat Islam kepada pembaziran, pergaulan bebas, amalan syirik serta khurafat, sememangnya dilarang oleh agama.
Nabi bersabda: “Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka.” (Hadis riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512)
Sambutan Hari Valentine merangsang ke arah perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran serta membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal.
Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan Hari Valentine ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” (al-Israa’ : 32)
Sebagaimana yang telah dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 10 Februari 2007, Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahaya Mohamed Yusof telah menegaskan bahawa kes remaja hamil anak luar nikah meningkat pada akhir Februari dan awal Mac. Beliau berkata: “Sebahagian besar remaja yang ditempatkan di Kewaja mengadu mereka lupa diri ketika menyambut Hari Memperingati Kekasih atau Valentine’s Day. Mereka keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut malam, kemudian mengambil pil khayal hingga tidak sedar terlanjur lalu hamil.” http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0210&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm
Oleh itu mereka mempopularkan sambutan Hari Valentine ini di negara-negara Islam dan menampakkan sambutannya sebagai satu perkara yang begitu romantis serta indah bagi pasangan-pasangan yang ingin membuktikan perasaan cinta mereka. Inilah sebenarnya sikap syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyadur perbuatan maksiat agar kelihatan seperti satu perkara yang baik dan diamalkan oleh manusia tanpa rasa berdosa. Firman-Nya: “Iblis berkata: ‘Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik.” (al-Hijr : 39-40)

Bersandarkan kepada hujah-hujah yang jelasa para ulama telah merumuskan bahawa sambutan Hari Valentine adalah HARAM bagi seluruh umat Islam. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”. cp by permata yang dicari~


Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan Allah!


Cinta Allah Adalah Cinta Yang Kekal Abadi Selamanya

Saturday, 11 February 2012

MUDAHNYA MENJADI MUSLIM



Mudahnya menjadi muslim, namun.....

Jika kita berfikir sejenak, mudahnya menjadi muslim... namun...
kita sendiri yang menyukarkannya.

#1. Anda perlukan cuma lima minit untuk solat subuh sedangkan anda boleh meluangkan masa sejam bersiap ke pejabat atau ke tempat belajar...

#2. Anda hanya perlu 2 saat untuk memberi salam kepada ibu bapa, guru² & rakan² sedangkan anda memerlukan 3 minit untuk memakai kasut...

#3. Anda hanya perlu 5 minit untuk memakai tudung atau jilbab sedangkan anda boleh meluangkan masa sehingga 20 minit untuk mendandan rambut...

#4. Anda hanya perlukan 15 minit untuk menunaikan solat Zohor sedangkan makan tengahari 1 jam 15 minit...

#5. Anda hanya perlukan 15 minit untuk solat Asar berjamaah tetapi anda luangkan masa bergayut di telefon selama 3 jam...

#6. Anda hanya perlu 15 minit untuk membaca Al-quran, tidak selama menonton tv, & cd dan melayari internet sambil bermain FB

#7. Solat maghrib 7 minit tetapi drama TV 1 jam...

#8. Hanya 2 saat untuk mengucapkan salam dan kasih kepada ibu bapa, atau rakan-rakan sedangkan kadangkala perbalahan dengan mereka boleh melarat hingga 20 minit...

#9. Anda hanya perlukan 5 minit untuk menatap sepotong hadith RasuluLlah SAW walhal anda sanggup menatap majalah atau surat khabar selama 60 minit...

#10. Anda hanya perlu 20 minit untuk solat Isyak sedangkan anda perlukan 40 minit untuk bersiap tidur atau sanggup menonton wayang lewat malam...

#11. Anda hanya perlukan 2 saat untuk kalimah syukur walhal anda sanggup berkaraoke berjam2..

>Renung2kanlah.....

Cinta Allah Adalah Cinta Yang Kekal Abadi Selamanya

Thursday, 9 February 2012

MUHASABAH DIRI


Bagaimana sikap kita dgn janji temu (solat) dgn Allah?
Apakah kita datang seawal waktu atau sering menunggu-nunggu masuknya waktu solat????




1) Jika YA, itu pertanda yang kita cintakan Allah.

2) Sekiranya setiap kali menjelang solat kita telah siap sedia berwuduk,menungu di saf hdpan dgn pakaian yang paling bersih,ditambah dgn haruman minyak wangi....ALHMADULILLAH,itu petanda CINTA
3) Jika kesempatan "dating" dgn kekasih ditunggu-tunggu saat dan ketika,maka seharusnya lebih2 lagi dgn Allah y kita cintai
4) Jika solat lewat(apatahlagi langsung tidak solat),dtng dgn ENGGAN,MUKA MASAM,BERAT TULANG dab PAKAIAN SERABUT, itu PETANDA TIDAK CINTA.TIDAK FOKUS,sambIl LEWA pula. SOlat mahu selesai cepat.Apakah seorang kekasih ingin segera berpisah dlm pertemuannya dgn kekesihnya.????
5) Adakah seorang kekasih smpai lewat utk jannji temunya..???
6) Atau berpakaian SERABUT,KUSUT MASAI dan BERBAU ketika menemui kekasihnya??? TIDAK MUNGKIN…tetapi jika itulah sikap kita,ertinya kita TIDAK CINTA kepada kekasih itu.
7) Maka begitulah juga ukuran cinta kita kpd Allah..perlu ada RINDU,BKN Jemu utk BERTEMU. 
KALAU CINTA,SUKA ….. 

• apabila DISURUH…seseorang kekasih sentiasa suka disuruh oleh kekasihnya.kesusahan walau sebesar mana tidak diperkirakan.Asalkan maksud kekasih dipenuhi,tidak kira apa akan itempuhi (katanya lautan api pon snggup direnangi).oleh krn amat suka disuruh,hati sentiasa menunggu-nunggu bila hendak disuruh.
• Bila lagi?Apa lagi?begitulah detik hati selalu.Pantang disuruh,mcm lipas kudung,segera dilaksanakan. Begitulah orng y cintakan Allah.Bila ada sesuatu disuruh buat,terus buat.
• Tanpa tanya-tanya lagi.apabila sesuatu disuruh tinggal,terus ditinggalkan.Sami'na wa ato'na(kami dgr dan kmi taat)ITULAH BUKTI CINTA.seberang suruhan dripada Tuhan akan segera dilaksankan.
• MALAS<LETIH<SUSAH<SAKIT<MISKIN n lain2 tidak menjadi halangan.
• Bagaimanakah kita..??? Mereka ini sentiasa proaktif n mencari apa lgi suruhan Tuhan y hendak dilaksanakan.Bila dpt laksanakan,alangkah BAHAGIANYA dirasakan. 
• Sekarang,apa respon kita terhadap perintah Allah n laranganNYa???YA,mugkin kita melaksankan,namun apakah hati kita suka ketika melakukanya..??? cth,solat subuh.Ya,memang kita telah solat subuh,tetapi apakah kita suka n ceria ketika melaksankannya.CERMIN MUKA KITA.......apakah TERSENYUM RIA setiap kali bangun subuh??? atau MASAM MENCUKA,MELANgkah kebilik air dgn langkah MALAS,LESU dan TERPAKSA????? 
• JIka anda rasa terpaksa bngun solat.itu PETANDA BELUM CINTA. BESAR BEZANYA antara orang y mengatkan "I HAVE TO PRAY (saya kena solat) dgn orng y bkata I NEED to PRAY (saya perlu solat) kedua2nya adlah sma solat.tetapi seorang krn SUKa. seorng lagi kerana TERPAKSA.yang sorang SUDAH CINTA,y sorang lgi BELUM CINTA. 
• Cukuplah dgn dua tanda itu sebagai ukurtara APAKAH KITA SUdah CINTAKAN ALLAH atau BELUM??????? 
• Tanyalah kpd hati nurani,berhakimkanlah kpd diri sendiri.Apakah kita memiliki dua ciri tersebut..??? jika tidak,itu menunjukkan kita TIDAk atau BeLUM CINTAKAN ALLAH.

(AYUH SAHABAT-SAHABATKU!!! KEMBALI KEPADA ALLAH!!! )

-ISLAM IS MY LIFE-


Cinta Allah Adalah Cinta Yang Kekal Abadi Selamanya

Wednesday, 8 February 2012

USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA"



Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akanMENDERITA selagi ia masih hidup.


Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamuMEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang ADAM, yang pasti membawa KEBAIKANkepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cubaMEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...




Cinta Allah Adalah Cinta Yang Kekal Abadi Selamanya

Monday, 6 February 2012

Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu???

"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"
"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"
"Baitullah tu apa?"
...
"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"
"Allah ada dalam tu?"
"Tak.."
"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"
"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."
"Kamu sembah apa?"
"Saya sembah Allah swt"
"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"
"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."
"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."
"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"
"Pernah.. selalu.."
"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"
"Tengok perlawanan bola la.."
"Di mana?"
"Dalam tv la.."
"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."
"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."
"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."
"So..?"
"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"
"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."
"Peliknya.."
"Sebab apa pulak pelik?"
"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."
"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."
"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"
"Ya.. tak pelik.."
"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."
"Erk.. kau betul.."

P/S: terase mcm mnrik so mai copy kt sni..untuk dikongsi bersame,kredit untuk pnulis asal~~
sharing is caring.. ANDA ADALAH INSAN YANG SEMPURNA:SYUKURILAH WAHAI TEMAN :')

Cinta Allah Adalah Cinta Yang Kekal Abadi Selamanya