Saturday, 17 November 2012

Allahuakhbar ! Keajaiban di Peperangan Gaza



Ini kisah benar yang diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.

Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza :

Peristiwa 1

Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2

Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3

Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Peristiwa 4

Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik! Allahu Akhbar!

Peristiwa 5

Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !

Peristiwa 6

Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!". MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?

Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui.

Allahu Akbar!!!

p/s : Teruskan berdoa untuk mereka dan Al-Fatihah Untuk Saudara Islam Kita Yang Terkorban..

Cinta Allah Adalah Cinta Yang Kekal Abadi Selamanya

Tuesday, 2 October 2012

Cinta tersalah


Orang yang pernah couple kemudian end-up berkahwin dengan orang lain, jauh di sudut hatinya akan rasa MENYESAL;

- Menyesal kerana cinta pertamanya telah diberikan pada orang yang salah. Pasangannya yang halal kini mendapat cinta second hand yang direcycle kembali nampak seperti baru. Tetapi tidak se-fresh cinta pertama dulu yang menggamit seribu kenangan.

- Menyesal kerana tidak adil pada pasang
annya kerana memberi hati yang ada kesan parut luka lama.

- Menyesal kerana telah memberikan sepenuh hati pada orang yang salah, sedangkan awal-awal lagi sepatutnya disimpan pada orang yang betul.

- Menyesal kerana cinta dalam hati tidak sebening air mata air, tidak sepure, tidak se-excited, tidak seperti cinta yang pernah diberikan dulu-dulu.

Namun, beza paling besar yang dirasakan setelah berkahwin adalah tenangnya hati yang tidak pernah dirasakan sewaktu bercouple. Tidak perlu tipu diri sendiri mengatakan hati rasa tenang tenteram waktu couple. Tenang rekaan diri sendiri semata-mata. Bukan rasa tenang yang Allah datangkan kedalam hati.

Jadi, adik-adik atau sesiapa sahaja yang belum pernah bercouple yang baca mesej ini, jagalah cinta pertama masing-masing untuk diserahkan pada orang yang betul dan halal lagi teristimewa. Jangan sampai menyesal di kemudian hari.^_^

Cinta Allah Adalah Cinta Yang Kekal Abadi Selamanya

Wednesday, 4 July 2012

Nifsu Syaaban :)


Bulan Syaaban muncul lagi. Syaaban menandakan umat Islam semakin menghampiri Ramadhan. Marilah kita sama-sama merenung sejenak apakah pengertian Syaaban dan Malam nisfu Syaaban. 

Nisfu Syaaban bermaksud pertengahan Syaaban iaitu 15 Syaaban yang mana buku amalan kita untuk satu tahun diangkat ke langit pada 14 Syaaban(sebelum mahgrib 15 Syaaban) dan digantikan dengan buku amalan yang baru(waktu maghrib 15 Syaaban) untuk sepanjang tahun yang berikutnya

Nisfu Syaaban (bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke- 15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku yang baru dan akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib.

Selesai sembahyang Maghrib hendaklah membaca Yasin dengan niat panjangkan umurnya dalam mentaati Allah. Kemudian berdoalah. Kemudian dibacakan pula Yasin dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkatinya, kemudian lalu dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula Yasin dengan niat minta mati dalam iman, kemudian lalu dibacakan doanya.
Pada malam Nisfu Syaaban sangat baik memperbanyakkan beristighfar (memohon keampunan) dan taubat dari dosa-dosa besar dan kecil serta meminta diampunkan Allah ibubapa kita dan keluarga kita. Maksud doanya:

Ya Allah, Engkau Tuhankutiada ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan aku dan aku adalah hambaMU, sentiasa berada dalam genggamanMu dan ketetapanMU, tiada ada kesanggupanku. Aku mengaku padaMU nikmatMu atasku dan aku mengaku kepadaMu dengan dosa-dosaku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada apa yang akan mengampun dosa melainkan Engkau jua. Aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan apa yang telah aku lakukan.

Memohon keampunan dua ibubapa, maksudnya:

Ya tuhanku ampunilah aku dan kedua ibubapaku dan rahmatilah duanya sepertimana mereka mendikdi aku di waktu kecil. (Rabbigh firli waliwa lidaiya warham huma kama rabbayaani soghiro)

Memohon keampunan dan taubat diri: (70/100 kali pagi petang). Maksudnya:

Aku mohon keampunan Allah dan aku bertaubat kepadanya. (Astagfirullah hal a’zim wa atu bu ilaih)

Membaca Salawat Atas Nabi: (Allahhummasolli ‘ala Muhammad) 10 atau 100 kali pagi dan petang.

Membaca Zikrullah: (La ila ha illallah) 100 kali selepas sembahyang Subuh dan Asar.

Sembahyang-sembahyang sunat: Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, Sunat Dhuha, Sunat mengiringi Fardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat di tengah malam sebaik-baiknya memohon hajat sesuatu. (Info: Dakwah )
(c&p)DAKWAH

untuk pengetahuan anda
segala posting yang di terbitkan di dalam blog ini
adalah sumber/artikel/cerita dari mailbox saya yang telah
dikongsi oleh rakan rakan group rakan2 blog




Cinta Allah Adalah Cinta Yang Kekal Abadi Selamanya

Sunday, 1 July 2012

RaMaDhankan Tiba tidak lama lagi... :)


Kisah Ramadhan







Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : Jika bulan Ramadhan tiba, pintu-pintu syurga dibuka, sedangkan pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan pun dibelenggu ( Riwayat Bukhari dan Muslim)


Mungkin berkat syaitan yang dirantai, maka ramai manusia berwajah iman. Topeng syaitan ditanggalkan seketika. Apabila mereka berwajahkan iman sepanjang ramadhan, maka apa yang terjadi adalah IBADAH MENGEJUT.

Tiba-tiba ibadah digandakan
Tiba-tiba bangun qiamulail.
Tiba-tiba tahap kesabaran meningkat
Tiba-tiba segala yang lagha ditinggalkan
Dan macam-macam lagi

OKEY, tidak mengapa seandainya ibadah sepanjang ramadhan dilakukan dengan mengejut. Tidak mengapa jika malaikat Raqib sibuk sedikit dan Atid pula tidak disibukkan untuk merekodkan amalan buruk seseorang. Alhamdulillah, jika itu yang berlaku sepanjang ramadhan

Namun jangan ulangi kejutan berupa TIBA-TIBA itu seawal hari pertama GRADUATE daripada madrasah ramadhan.

Tiba-tiba makan banyak
Tiba-tiba mendedahkan aurat
Tiba-tiba terlupa di mana Al Quran
Tiba-tiba meninggalkan amalan solat sunat yang sepanjang ramadhan dikerjakan seolah-olah wajib.
Tiba-tiba memulakan kembali agenda lagha

APAKAH SEMUA INI?

ADAKAH INI SUATU PERBUATAN MEMBALAS DENDAM? Balas dendam kepada siapa pula ini?

Tidak mengapa jika tiba-tiba mengerjakan ibadah seolah-olah esok sudah tiada. Namun adalah suatu yang tidak patut jika tiba-tiba 'bertanduk' sebaik syawal bergema.

Koreksilah niat

Apa niat utama berpuasa sebulan?

Adakah sekadar ingin berpuasa dan fokus ibadah dalam tempoh sebulan sahaja? Apakah ibadah sepanjang ramadhan dapat menebus kealpaan sebelas bulan berbaki?

JOM istiqamah!. Pasak niat untuk taqarrub diri kepada Allah hingga akhir hayat dalam iman. Insya Allah. :)
 c&p:MTEN
                                                                       

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

Cinta Allah Adalah Cinta Yang Kekal Abadi Selamanya

Saturday, 23 June 2012

Hyper Act - Harapan ( OST Seindah Sakura)

Hyper Act - Harapan ( OST Seindah Sakura) Chord

Intro: G A F# Bm G  A

Bm         G
Bicara mimpi itu
A    
Mengheret ku ke dasar
F#
Gelap tangannya menggapai tangan ku
Bm             G
Dan munculnya dirimu
A
Dipinggir laman itu
F#                     Bm
Hangatmu menyambut ku kembali,
     Em
Dan ku mengerti,
A      
Mengapa masih berdiri,
 F#                       Bm
Hadirnya siang berteman mentari,
        Em
Dan ku bersama,
      A                  F#
Bintang malam mu mencari kasih ku Ooo

D
Harapan
                F#
Harapan menjadi layu
 Bm      A G
Ingin ku bahgia bersama
F#m        Em
Menjadi kenangan
       D                    A
Memburu impian masa kita
 G
Selamanya

Bm               G
Dan angin kan memanggil
A
Bagai ada musafir
F#                    Bm
Hadirnya pergi tiada berjanji
          G
Mungkin seketika
A
Ku merasa cintanya
F#                  Bm
Bagai dibelai mimpi sempurna
Em
Dan taman ini
A
Tak bererti dan bersemi
F#                   Bm
Tiada indah tanpamu disini
    Em
Dan ku jejaki
         A             F#
Walaupun hanya secebis kasihmu Ooo

Chorus
D
Harapan
                F#
Harapan menjadi layu
 Bm            A  G
Ingin ku bahgia bersama
F#m        Em
Menjadi kenangan
       D           A
Memburu impian masa kita
 G
Selamanya

Solo: G F# E  F# G-B
           F# Em F# G A

Back To Chorus

D
Hati ku..
           F#
Meratap setinggi gunung
Bm            A  G
Pasti ku mencari bintangnya
   F#  Em
Menjadi cahaya
   D             A
Menyinar impian hidup kita
G
Selamanya 

Cinta Allah Adalah Cinta Yang Kekal Abadi Selamanya

Buatku Disana- Mafa feat Ronnie (OST Seindah Sakura) Guitar Chord

D        A   Bm        A       G   
Sering harungi sendiri kekurangan diri
          A
Hanya tuhan mengerti
D        A    Bm        A       G   
Tak mengharap sang cinta mahupun dicinta
           A
Umpama tiada rahsia

Chorus:
Bm             A
Kau sinar hati ini
G              D       A
Biarpun hanya sesaat di sisi
Bm              F#m 
Pelita kala hati berduka
G              Em              A
Kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah

*:
D
Masihkan hadir jua menepis gelora
         B            Em
Tak kala aku merasa kecewa
Em
Duniaku berubah kelam tak bermakna
              A          D
Namun semangatmu ada dijiwa

**:
D
Harapan kau beri cintamu bersemi
  B                  Em
Air mataku tak bisa menitis
A
Kau nafas akhirku
D
Kau yang dihati


D         A    Bm            A       G
Usah menangis sendiri sayang ku kan pergi
               A
Senyumlah usah meratapi
D        A  Bm             A       G
Kala ada masa kita ditakdir yang Esa
        A
Cukuplah buatku disana


[Ulang Chorus]

solo
B    A-G  2X

Ohhh
Em                         F#m
Aku bagai bintang menghiasi alam maya
 Em                         A
Meninggalkan kilau tanpa sinar yang bercahya
   Em                    A
Detik percintaan persis satu anugerah
Bm         A     
Aku pinta hanya bercinta

[Ulang Chorus]

copy paste:hok aloh..:D,tq
Cinta Allah Adalah Cinta Yang Kekal Abadi Selamanya

Sunday, 10 June 2012

Kau sahabat,kau Teman Sejati .......,



Yasmin Johan Eusoffe


(1995-2012)

Yasmin Johan Eusoffe. Selalu panggil dia min. Seorang kawan. Kenal dari Myspace ke Fesbuk sampailah ke Twitter.ckp nok buat skype?tk sempat nk buat skype kn?? herm 2,3 minggu aku pegi kL,blik2 tup2 kau dah tkde. 5jun tuh aku dah terbaca paper metro"TIGA PELAJAR SMK MAHSURI MAUT",aku x prasan langsung yg mangsa tu arwah..2ari sblum ak pegi KL, kau de balas chat box tngh2 mlm bgtaw yg kau mimpi,ulat kluar kut mulut ,then ckp pelat..n pas tu meraung raung pnggil papa..,pastu tk tdur trus"aku ingat lagi laa,ade lagi msg tu"~ Allah lebih menyayangi awak yasmin. Semoga arwah ditempatkan bersama orang yang beriman. Sama-sama kita doakan kesejahteraan beliau. Ameen Ya Rabbal Alamin.


p/s : sorry untuk post kali ni. kuasa ALLAH)

::al-fatihah..Moga Yasmin Johan Hunwick ditempatkan oleh orang2 yg beriman,takziah buat keluarga allahyarhamah..Aminn :'(,seperti tidak percaya Yasmin telah meninggal... moga selamat beliau di sana.Saya sangat terkejut akan pemergian arwah . Baru sahaja saya kenal dengan beliau melalui myspace bbrpa tahun yg lepas . Sekarang beliau sudah takda . :pernah brkongsi idea tntg prmslhan remaja brsama2 arwah:Akan ku kenang beliau selalu . Semoga ditempatkan dikalangan orang-orang beriman::



Cinta Allah Adalah Cinta Yang Kekal Abadi Selamanya

Saturday, 7 April 2012

Tasik Tobari @ Sea of Galilee


Semalam sempena Wordless Wednesday, saya letak gambar sebuah Tasik..dan ada seorang blogger Al-Lavendari telah tinggalkan komen dengan meneka di manakah letaknya tasik tersebut... sebenarnya gambar itu adalah gambar sebuah tasik air tawar yang terletak di sempadan 3 negara , iaitu Jordan, Israel dan Syria. 
Nama tasik tersebut ialah Tasik Tobari atau Tasik Tiberias atau di dalam peta dunia di tanda dengan nama SEA OF GALILEE.Dikalangan orang Yahudi pula lebih dikenali sebagai Tasik Kinneret atau Lake of Gennesaret. Kenapa di dalam pet dunia ia dinamakan sebagai "Laut"? bukannya tasik? ...


Ia bukannya laut air masin tetapi sebuah tasik air tawar dengan keluasan 166km persegi dan kedalaman maksimum 43m.  Ukurlilitnya 53km, 21 km panjang dan 13km lebar.  Dengan kedudukannya pada 214m di bawah aras laut, menjadikan tasik ini tasik air tawar yang TERENDAH di atas muka bumi ini, dan tasik yang KEDUA TERENDAH di dunia selepas Laut Mati (Laut Mati terletak pada kedudukan 441m di bawah aras laut).
(Rujukan: Wikipedia)

Mengapa pula saya bersungguh-sungguh bercerita mengenai tasik ini? Bukankah sama saja seperti tasik-tasik lain? Saya ingin berkongsi ilmu mengenai tasik ini bukanlah kerana pengalaman saya pernah pergi melihat tasik ini sedekat yang mungkin (adalah mustahil saya boleh menjejakkan kaki ke dalam tasik ini kerana sekarang tasik ini dikuasai oleh Israel . Atas ihsan pemandu pelancong, iaitu driver Pak Arab yang membawa kami ke tempat yang paling hampir dengan tasik ini, iaitu di sempadan negara Jordan yang paling utara).

Ia adalah kerana kaitan tasik ini dengan tanda-tanda kiamat dan kemunculan DAJJAL ALMASIH.


Tasik ini  dahulunya adalah di bawah jajahan Syria, tetapi sekarang berada di bawah taklukan Israel setelah Israel dapat menguasai Bukit Golan yang terletak di bahagian timur tasik ini dalam peperangan dengan Syria pada tahun 1967.  Sebenarnya Bukit Golan adalah sebuah bukit yang "togel" sahaja ..tak ada tumbuhan dan penempatan apa-apa pun seperti gambar di bawah. Tetapi Israel yang berusaha untuk menakluki Bukit Golan kerana mana-mana negara yang dapat menguasai Bukit Golan, maka secara automatik negara tersebut dapat menguasai Tasik Tobari ini.  

 Bukit Golan atau Golan Heights

Tasik Tobari menjadi sangat penting kerana ia adalah satu-satunya tasik air tawar (fresh water lake) yang membekal sumber air minuman dan sebagainya kepada penduduk di sekitar tasik itu.

 Lembah yang  sangat subur di sekitar tasik ini (tapi sayangnya ianya di bawah kuasa Israel)

Disebelah barat tasik ini terletak nya sebuah bandar pelancongan Israel yang sangat maju iaitu Tiberias. Banyak hotel-hotel mewah dan penempatan penduduk Israel dibina, dan ia menjadi tumpuan penduduk Israel setiap hari Sabtu.
Kota Tiberias

ok...cukuplah dahulu maklumat mengenai Tasik ini dan Golan Heights ... 

Apa pula kaitan tasik ini dengan tanda-tanda kiamat dan kemunculan DAJJAL ALMASIH?
to be continued ---in next entry ...


Cinta Allah Adalah Cinta Yang Kekal Abadi Selamanya

Tasik Tobari@Sea of Galilee - Part 2


Dalam entri yang lepas di sini, saya menulis mengenai Tasik Tobari atau Sea of Galilee, iaitu sebuah tasik air tawar yang TERENDAH DI MUKA BUMI ini.....
 Kami hanya boleh melihat dari sebelah negara Jordan sahaja, kerana tasik itu sekarang di bawah kawalan Israel ...
 Kali ini mari kita menerokai sejarahnya pula dan apa kaitan tasik ini dengan tanda-tanda kiamat dan kemunculan Dajjal AlMasih...
Lembah Sungai Jordan adalah sebuah kawasan yang sangat subur...lembah ini mengunjur dari utara disekitar kawasan Tasik Tobari dan mengunjur ke selatan hingga ke kawasan Laut Mati.  Semasa kami menyelusuri sepanjang Sungai Jordan ini hingga ke laut Mati, kelihatan banyak ladang-ladang sayur-sayuran dan buah-buahan di sepanjang jalan.  Dari sini lah penduduk Jordan mendapat bekalan buah-buhan dan sayur-sayuran mereka. 

Jika kita kaji dari segi sejarah Islam pula, sebenarnya di sekitar lembah ini hingga ke negara SURIA atau SYRIA, yang disebut 'Dataran Syams" . Dalam peta dunia sekarang tiada negara yang bernama "SYAMS" ... sirah Rasulullah SAW mengatakan Nabi Muhammad SAW membawa barang dagangan berniaga dari Mekah hingga ke negeri Syams (Syria). Sememangnya semasa pengalaman saya ke Damascus (Damsyik), Syria,  terdapat sebuah pasar atau lebih dikenali sebagai SOUQ Hemediah yang menempatkan beratus-ratus kedai yang menjual pelbagai barangan.


Sungai Jordan juga menjadi sempadan di antara negara Jordan dan Israel. Hulu Sungai Jordan berpunca dari Tasik Tobari dan mengalir ke selatan hingga ke Laut Mati. 

Menurut laporan, Laut Mati dikatakan menjadi semakin masin akibat daripada paras air lautnya yang semakin merosot. Laut Mati dilaporkan telah merosot lebih 20 meter semenjak 40 tahun lepas. Kajian yang dijalankan oleh Shahrazad Abu Ghazleh (2009) dan rakan-rakan dari University of Technology di Darmstadt, Germany, menunjukkan bahawa paras air laut tersebut  merosot sebanyak 0.7 meter setiap tahun, 0.47 km padu setiap tahun dan semakin meningkat semenjak Israel menguasai sumber yang menjadi punca kepada Sungai Jordan selepas penjajahan Israel ke atas Tebing Barat selepas Perang Arab-Israel pada tahun 1967, iaitu selepas Israel menguasai Tasik Tobari.

Kesan paras air yang semakin menurun di Laut Mati

 Punca kepada kepada fenomena tersebut menurut laporan itu ialah akibat daripada kegiatan Israel selama kira-kira 30 tahun, yang melencongkan kebanyakan daripada anak-anak sungai yang mengalir ke Sungai Jordan dan mengawal  air yang mengalir dari Laut Galilee yang mengakibatkan paras air sungai teruk terjejas. Selain itu, Israel juga telah mengepam air daripada Laut Galilee bagi tujuan pengairan di Negev dan kawasan-kawasan lain di Israel.

Kemerosotan Paras Air Laut Galilee
Akibat daripada tindakan rakus pihak berkuasa Israel, bukan sahaja paras air Laut Mati merosot, bahkan juga lebih teruk kerana mengakibatkan paras air Laut Galilee yang menjadi sebahagian daripada punca air Laut bagi Mati juga terjejas dengan teruk.

Menurut laporan Israel Today pada 2 Januari 2008, paras air Laut Galilee akan mencapai paras terendah dalam tempoh 5 tahun. Air laut tersebut telah surut lebih 12 kaki di bawah paras “red line”.

Akhbar Haaretz.com pada 11 Mac 2008,  telah melaporkan paras air di Laut Galilee yang menjadi pembekal air yang utama kepada Israel dijangka akan merosot dengan teruk di bawah paras minimum yang selamat menjelang akhir musim panas yang bakal menjejaskan kualiti air. Akibatnya pihak berkuasa air terpaksa menggali punca-punca air yang baru bagi meningkatkan bekalan air di laut tersebut.

Menurut laporan, jumlah defisit keseimbangan air iaitu jumlah air yang dipam keluar berbanding dengan jumlah hujan akan mencapai 410 juta cubic meters menjelang akhir tahun hamper dua kali ganda dari tahun sebelumnya (2007). Secara keseluruhannya semenjak empat tahun sebelumnya defisit terkumpul mencecah satu billion cubic meter.
Akhbar itu juga melaporkan paras air Laut Galilee pada masa tersebut  ialah 60 sentimeter  lebih rendah daripada tahun sebelumnya dan  lebih  3 meter lebih rendah dari empat tahun sebelumnya.

Seterusnya,  menurut laporan SKY NEWS pada 5 May 2009 pula, air Laut Galilee telah menyusut sebanyak beratus-ratus meter. Paras air sekarang amat rendah sehinggakan pam terpaksa digunakan bagi mengepam air ke atas bukit sebelum dapat memasuki Sungai Jordan.

Kemerosotan paras air Laut Galilee dikatakan berpunca akibat daripada  peningkatan jumlah penggunaan air akibat daripada pertambahan jumlah penduduk. Penggunaan air domestic dianggarkan akan mencapai 796 juta cubic meter menjelang akhir tahun 2008, iaitu lebih 134 juta daripada jumlah penggunaan pada tahun 2000.

Krisis air yang yang berpunca daripada pengeringan Laut Galilee ini dijangka akan berterusan dan akan menjadi semakin kritikal walaupun berbagai usaha telah dilakukan oleh pihak berkuasa Israel bagi meningkatkan paras air laut tersebut. Menurut pengkaji, krisis tersebut akan mencapai kemuncaknya pada tahun 2012.(Bermakna Tahun ini!!! )
 (petikan dari http://kebunketereh.com) 


Graf di bawah di embed dari website: http://www.savethekinneret.com/

The Kinneret, Israel's major reservoir of fresh water, is drying up! Many years of below-average rainfall have led the water level to dip to the "black line," beyond which water cannot be pumped without causing severe damage to the entire water supply 
Laut Galilee dan Tanda-Tanda Kiamat


Apakah signifikannya pengeringan air Laut Galilee ini kepada tanda-tanda akhir kiamat ? 

Sebenarnya pengeringan air Laut Galilee ini telahpun diperkatakan sejak lebih 1431 tahun yang lalu.

 Terdapat satu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang mengaitkan peristiwa pengeringan air laut tersebut dengan peristiwa kemunculan DAJJAL AL MASIH.

Selain daripada itu terdapat juga satu lagi hadis lain pula yang mengaitkan Laut Galilee ini dengan kemunculan Yakjuj dan Makjuj yang berlaku sesudah Dajjal berjaya dihapuskan oleh Nabi Isa AS.

Berikut adalah catatan berkenaan dengan peristiwa yang bakal berlaku.


Telah disampaikan kepada kami lbn Buraidah dan Amir bin Syurahbil asy-Sya’bi, kabilah Hamdan bahawa dia pernah bertanya kepada Fathimah binti Qais, saudara perempuan adh-Dhahhak bin Qais dan termasuk kelompok perempuan pada hijrah pertama.

Amir berkata,”Sampaikanlah kepadaku suatu hadis yang engkau dengar dari Rasulullah saw yang tidak engkau sandarkan kepada siapapun selain beliau.”
Fathimah berkata,”Jika engkau mahu niscaya aku lakukan.

Amir berkata,”Tentu, sampaikanlah kepadaku.”

Fathimah berkata,”Aku menikahi lbn al-Mughirah. Dia termasuk pemuda plihan kaum Quraisy ketika itu. Lalu dia terkena musibah pada permulaan jihad bersama Rasulullah SAW. Ketika aku telah menjadi janda, aku dilamar oleh Abdur Rahman bin ‘Auf untuk salah seorang sahabat Rasulullah SAW. Sementara itu, Rasulullah mela­marku untuk maulanya, Usamah bin Zaid.
Aku pernah diberitahu bahawa Rasulullah saw bersabda,”Barangsiapa mencintaiku, maka hendaklah dia mencintai Usamah.  Maka ketika Rasulullah saw bercakap kepadaku, aku berkata,’Urusanku ada di tangan Anda.  Nikahkanlah aku kepada siapa saja yang Anda suka.’
Lalu Rasulullah saw bersabda. ‘Pindahlah kamu ke Ummu Syarik. ‘Ummu Syarik adalah perempuan kaya dan kalangan Ansar yang telah banyak memberikan sumbangan di jalan Allah dan disinggahi banyak tamu.
Aku berkata, Aku akan melakukannya. Maka beliau bersabda.’Jangan engkau lakukan. Sesungguhnya Ummu Syarik adalah seorang wanita yang banyak tamunya. Aku tidak suka kain tudungmu jatuh atau baju tersingkap dan kedua betismu sehingga kaum itu akan melihat auratmu.
Tetapi, pindahlah ke putra pamanmu, ‘Abdullah bin Amr bin Ummi Maktum, seorang lelaki dani Bani Fihr’, Fathimah pun pindah kepadanya.
Ketika masa iddahku berakhir, aku mendengar seruan seorang sahabat Rasulullah saw.’Marilah solah berjamaah” Maka aku pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah saw. pada barisan wanita yang berada tepat di belakang kaum itu.
Setelah selesai solat, Rasulullah saw, duduk di mimbar. Sambil tersenyum beliau bersabda.’Hendaklah setiap orang tinggal di tempat solatnya.’Selanjutnya beliau bersabda,’ Apakah kamu semua mengetahui sebab aku mengumpulkan kamu?

Mereka menjawab,’Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui. ’

Beliau bersabda,’Sesungguhnya aku, demi Allah tidak mengumpulkan kamu semua bukan kerana ada pengharapan ataupun ketakutan. Melainkan aku mengumpulkan kamu adalah kerana Tamim ad-Dari, yang dahulunya seorang Nasrani, datang untuk berbai’at masuk Islam. Dia menceritakan kepadaku seperti apa yang telah aku sampaikan kepada kamu tentang Dajjal. Dia menceritakan kepadaku seperti apa yang telah aku sampaikan kepada kamu semua tentang Dajjal.

Dia menceritakan kepadaku bahawa dia mengemudi sebuah perahu bersama 30 orang dari Lakhm dan Judzam. Mereka dipermainkan ombak selama sebulan di laut. Lalu mereka berlabuh menuju suatu pulau di laut itu sampai terbenam matahari. Mereka duduk ­duduk di pantai dekat perahu. Lalu mereka naik ke pulau itu. Maka mereka didatangi seekor binatang yang banyak bulunya yang mereka tidak dapat membezakan mana bahagian depan dan mana bahagian belakangnya.

Mereka berkata, “Celaka kau, apakah kamu ini ?

Binatang itu menjawab. ‘Aku adalah mata-mata.’

Mereka bertanya, ‘Mata-mata apa?”

Dia menjawab, ‘Wahai kaum, pergilah kepada orang yang berada di dalam gua, kerana dia merindukan berita dan kamu’

Tamim ad-Dari berkata, Ketika binatang itu menyebutkan kepada kami seseorang, kami meninggalkannya kerana mungkin dia adalah syaitan perempuan.

Selanjutnya dia berkala, lalu kami berangkat segera hingga mema­suki gua. Tiba-tiba di dalamnya ada seorang manusia yang paling besar badannya dan diikat dengan rantai yang kuat. Kedua tangan dan lehernya disatukan dan diikat dengan besi di antara hingga kedua mata kakinya.

Kami katakan,’Celaka kamu, makhluk apakah kamu ini?
Dia menjawab,”kamu telah mengetahui perihalku, kini beritahukan kepadaku, siapakah kamu ini ?

Mereka menjawab,”Kami adalah manusia dari Arab. Kami menaiki perahu lalu dihentam gelombang laut besar dan ombak mempermainkan kami selama sebulan. Kemudian kami berlabuh di pulaumu in Kami didatangi seekor binatang yang berbulu lebat sehingga tidak diketahui mana bahagian muka dan mana bahagian belakangnya.
Kami bertanya,”Celaka kamu, binatang apa kamu ini?” ”Saya adalah mata-mata.” “Mata-mata apa?” ‘Pergilah kepada orang yang berada di gua ini kerana dia sangat merindukan berita dari kamu.”

Maka kami pun segera mendapatkan kamu. Kami takut pada binatang itu dan kami tidak tenang jangan-jangan ia adalah syaitan betina.

Orang itu berkata,”Beritahukan kepadaku tentang kurma Baisan!”
(Baisan ialah negeri yang terkenal sejak dahulu kala. Negeri ini berada dekat Syam lama dan merupakan salah satu kota di Palestin.) 

Tentang apanya yang engkau nak tanyakan?”

“Aku bertanya kepada kamu  apakah kurma berbuah?”

“Sesungguhnya pohon kurma itu hampir tidak akan berbuah.’

Lalu dia berkata lagi. “Beritahukan kepadaku tentang Tasek Thabariyyah!”

(Tasik Tobari atau Laut Galilee)  
“Tentang apanya yang engkau nak tanyakan’
“Apakah tasik itu masih berair ?
‘Ya Tasik itu masih banyak airnya.”
”Sesungguhnya air tasik itu hampir habis (iaitu akan mengering dalam masa terdekat),”

Dia berkata, “Beritahukan kepadaku tentang mata air Zughar!”
(Mata air Zughar adalah nama seorang perempuan yang dinisbatkan pada mata air ini.) 

“Mengenai apanya yang nak engkau tanyakan?”

“Apakah mata air itu masih memancarkan air? Dan apakah penduduknya masih bercucuk tanam dan mata air itu?”

“Ya mata air itu masih memancarkan banyak air dan penduduknya bercucuk tanam dari air tersebut.”
“Terangkan kepadaku tentang nabi yang diutus kepada orang-orang buta huruf, apa yang dilakukannya?”
“Dia telah keluar dari Mekah menuju Yatsrib,”

“Apakah orang-orang Arab memenanginya?”

Ya”

“Bagaimana caranya dia memperlakukan mereka? "
“Dia telah menundukkan orang-orang Arab terdekatnya, sehingga mereka mengikutinya.”

“Apakah demikian?” “Ya”

"lebih baik bagi mereka untuk mengikutnya. Aku akan memberitahukan kepada kamu mengenai diriku. Aku ini adalah alMasih (Dajjal). Aku hampir akan diizinkan keluar, maka aku akan keluar. Lalu aku akan berjalan di muka bumi. Aku tidak melalui sesuatu kampung melainkan aku tinggal selama 40 malam kecuali kola Mekah dan Thaibah (Madinah). Kedua kota itu diharamkan atasku. Setiap aku akan memasuki salah satu kota itu, aku dihadang oleh malaikat yang memegang pedang untuk memenggalku. Di setiap celah kedua kota itu dijaga oleh para malaikat.”

Fathimah berkata, “Sambil  memukulkan tongkatnya pada mimbar, Rasulullah saw bersabda.”lni adalah Thaibah, yakni kota Madinah. lngatlah, apakah hal itu telah aku sampaikan kepada kamu?”
Orang ramai menjawab :”Benar.”
Nabi Muhammad saw bersabda,”Sungguh cerita Tamim itu sesuai dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu, juga mengenai kota Mekah dan Madinah. Ketahuilah sesungguhnya Dajjal itu berada di Laut Syam atau di Laut Yaman, bukan dari arah timur, bukan dari arah timur, bukan dari arah timur.”
Baginda mengisyaratkan dengan tangannya ke arah timur.”
Selanjutnya Fathimah berkata,”Maka aku menghafalkan hadis ini dari Rasulullah.”
Kemudian Tamim ad-Dari pergi bersama kawan-kawannya dan tidak kembali lagi ke pulau itu. Kalaupun mereka berflkir untuk kembali ke pulau itu, mereka tidak akan dapat sampai ke pulau itu, walaupun mereka mempunyai pengalaman belayar. Sebab setelah peristiwa ini pulau tersebut menjadi jauh untuk sampai ke situ. Ombak-ombaknya digerakkan dengan kekuasaan Allah swt. Seakan-­akan ombak itu sendiri adalah perahu yang bergerak di lautan. Allah menetapkan bahawa tidak ada seorang pun yang datang ke pulau itu setelah Dajjal ada di dalamnya.

(Rujuk artikel di sini: http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/03/dajjal-laknatullah-siri-6.html)

Kemunculan Yakjuj dan Makjuj

Berikut pula kisah Yakjuj dan Makjuj dengan Laut Galilee seperti yang direkodkan di dalam

Sahih Muslim, hadis an-Nawwas bin Sam’an dengan  lafaz yang panjang, menegaskan:

 “Yakjuj dan Makjuj, ketika Isa putera Maryam Berjaya membunuh Dajjal, Allah berkata kepadanya, ‘ Aku mengeluarkan hamba-hamba-Ku, di mana tidak ada kekuatan pun yang sanggup membunuh mereka (Yakjuj dan Makjuj). 

Oleh itu berlindunglah bersama-sama hamba-Ku di Gunung Thur’.
Mereka akan keluar, lantas sekelompok pertama akan meminum air yang ada di Tasik Tiberias. Kemudian, kelompok terakhir daripada mereka yang melewati tasik tersebut akan berkata, ‘dahulu, di sini ada mata air air’. Selepas itu, mereka melepaskan anak-anak panah mereka ke langit, lantas anak-anak panah tersebut kembali kepada mereka dalam keadaan berlumuran darah. Mereka pun berkata: “Kita telah menguasai semua penduduk  bumi dan mengalahkan penduduk langit”.

Sesudah Yakjuj dan Makjuj ini keluar dan melakukan banyak kerosakan serta kemusnahan di muka bumi , lalu Nabi Isa berserta pengikutnya berdoa lepada Allah. Allah pun mengirimkan ulat-ulat ke leher mereka sehingga semua Yakjuj dan Makjuj tersebut binasa.

********************************************
Begitulah kisah tentang Laut Galilee  yang sebenarnya sangat penting untuk dihayati dan direnung-renungkan. 

Apa yang bakal berlaku ke atas laut tersebut sudah ditakdirkan  oleh Ilahi dan tidak mungkin kita sebagai manusia mampu mengubahnya.
Masanya sudah tiba, kebenaran sudah terserlah, marilah kita mempersiapkan diri kita berserta keluarga bagi menghadapinya kerana apa yang bakal dihadapi sungguh dahsyat sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

“Allah ta’aala tidak menurunkan ke muka bumi, sejak penciptaan Adam ’alihis-salaam hingga hari Kiamat, fitnah yang lebih dahsyat dari fitnah Dajjal.” (Hadis Riwayat Thabrani 1672)
Seterusnya Rasulullah SAW ada menganjurkan kepada kita supaya berdoa doa bagi menghindarinya: 

Dari Abu Hurairah RA ia berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Bila kalian membaca tasyahud terakhir maka hendaknya berlindung kepada Allah ta’aala dari empat perkara, “Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari (1) azab jahannam dan (2) azab kubur dan (3) fitnah kehidupan serta kematian dan dari (4) jahatnya fitnah Al-Masih Ad-Dajjal” (Hadis Riwayat Muslim 923)
DOA MENGHINDARI FITNAH DAJJAL

Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari siksa neraka Jahanam. Aku berlindung kepadaMu dari siksa kubur. Aku berlindung kepadaMu dari fitnah Dajjal yang pembohong. Aku berlindung kepadaMu dari fitnah hidup dan fitnah mati. Aku berlindung kepadaMu dari banyaknya dosa dan hutang. Aku berlindung kepadaMu dari kejelekan fitnah kaya dan kejelekan fitnah fakir. Aku berlindung kepadaMu dari kejelekan pendengaran, penglihatan, lisan dan hatiku. Aku berlindung kepadaMu dari dikembalikan kepada umur yang terlalu tua. Dan aku berlindung kepadaMu dari mati dalam keadaan ingkar kepada agamaMu.
References: 
http://kebunketereh.com/
http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/03/dajjal-laknatullah-siri-6.html
http://www.sciencedaily.com/releases/2009/03/090304091514.htm
http://ikutsukaaku.blogspot.com/2011/05/bumi-urdun-10-kisah-nabi-lut-laut-mati_29.html
Journal Reference:
Abu Ghazleh et al. Water input requirements of the rapidly shrinking Dead Sea. Naturwissenschaften, 2009; DOI: 10.1007/s00114-009-0514-0
Forum:
http://laman-utama.859075.n3.nabble.com/KERINGNYA-TASIK-GALILEE-amp-TURUNNYA-NABI-ISA-td868410.html
thanz kpd saudari Nurazzah kerana mengizinkan sy share entri yg sangat menarik nie..:)

Cinta Allah Adalah Cinta Yang Kekal Abadi Selamanya